AkuDiaDanSesuatu

Friday, January 14

Tribute to Suhaili - Final

Utk pengetahun korang.. nama kakak ipar aku Kak Nor.. kalau tgk luaran memang nampak baik.. x tahulah aku.. apa sebenarnya terjadi antara mereka nih.. macamana mereka berkenalan seterusnya berkahwin pun kami x tahu...

Kepulangan Abg Li sebenarnya menambah luka yg sedia ada dan menjadi nanah yg terus membunuh... beliau sama sekali bukan anak yg dulunya amat mengambil berat ttg keluarga dan kami sama sekali tidak mengenali perwatakan beliau.. beliau seolah-olah tidak mengingati yg beliau masih ada keluarga disini..

Selepas perkahwinan dilangsungkan.. Abg Li dan Kak Nor ingin menetap di JB katanya..mereka mempunyai rangkaian perniagaan disana dan semua kaum keluarga Kak Nor tinggal bersama Abd Li dan semuanya DITANGGUNG oleh Abg Li.. seingat aku cuma sekali itu sahaja sumer kaum keluarga pergi bertandang ke rumah beliau di JB semasa rombongan menghantar pengantin.. itupun dgn keuzuran Abah esp yg tidak dpt berjalan jauh dia gagahkan juga semata-mata ingin melihat sendiri Abg Li berkahwin.. Mak apakan lagi memang gembira sbab menyambut menantu.. walaupun tidak mengetahui latar belakang & keluarga namun jauh disudut hati tetap mendoakan kebahagiaan anaknya.. itulah kasih ibu.. tidak kira walau sebesar mana kesalahan anak sekalipun tetap memaafkan anaknya. *ishk..ishk* sambil lap2 ayaq mata..........

Memang betul apa yg disuarakannya Abg Li semasa kepulangan beliau iaitu kepulangannya hanyalah untuk melangsungkan perkahwinannya dan bukannya utk bersama keluarga.... dari hari kehari beliau seperti tidak wujud disini.. tidak langsung menalipon bertanyakan khabar dan beliau cuma akan menalipon apabila berada didalam kesusahan ataupun sakit.... , Hari raya x pernah balik cuma sekali seingat aku dan keadaan ini berlarutan sehingga beliau mempunyai 3 orng anak.. dan bermakna Mak & Abah mempunyai 3 org cucu.. tetapi jarang sekali kami melihatnya kecuali melihat cucu dari gambar yg dikirim ..itupun cucu yg sudah berumur 3 tahun x silap aku....
Semasa kenduri kahwin Andak, Acik dan Ucu pun Abg Li tidak datang.. cuma semasa kenduri kahwin aku dia dtg cuma 2 ari sahaja...walhal JB bukannya jauh... tapi tulah kan.. nasihat aku kpd org yg ingin berkahwin atau sedang bercinta nih..

"carilah pasangan bukan sahaja yg menyayangi kita tapi keluarga kita juga... Beliau bukan sahaja berkahwin dgn diri kita malah dgn keluarga kita... "

Mak merasakan ada sesuatu menimpa Abg Li.. kerana tidak langsung ada ingatannya kpd keluarga dan Mak sekali lagi pergi berjumpa bomoh..heheh x serik2 Mak aku nih... ini antara kata2 bomoh tu

"Dia nak balik, tapi dia x boleh sbab dier kena selesaikan dulu urusan dia"

Memang Abg Li jadi begitu.. sbab bila ada saudara mara berada dekat dgn beliau, Abg Li akan mengingati kami, tapi bila tiada sesiapa.. satu ingatan pun tidak ada... ibu menjadi teramat sedih apabila ada org yg sampai hati memperlakukan anaknya sedemikian rupa.. yelah hati ibu mana yg tidak sedihkan..

Pada tahun 2002 Abah ditimpa sakit iaitu saluran kencing tersumbat dan dijangkiti kuman.. Abah dimasukkan ke HT.. dan ditahan selama seminggu.. dlm pada sama melalui pembedahan.. yelah org tua... mesti disaat-saat ini agak emo sedikit dah mengharapkan kepulangan anaknya utk menjenguk.. tapi apakan daya.. sehingga Abah dibawa pulang kerumah pun Abg Li tidak muncul... sehingga kesatu tahap.. setiap org yg datang mesti ditanya..

"Ali ke yg datang"..

Kami sekeluarga sudah berusaha memberitahu keadaan Abah tetapi alasan yg diberi..

"Abah dah boleh balik dah.. ok la tu.. sbok kat sini tadak sapa nak tolong handle business disini, nantilah bila senang aku datang la"..

Andak yg merupakan Abg Kedua yg mengambil alih tugas Abg Li sebagai anak lelaki sulung bertekad pergi ke JB dan memberitahu sendiri keadaan Abah ketika itu...
ini antara kata2 yg diungkapkan...

Andak "Org tua kita bukan muda lagi... malah semakin tua... masa dia hidup nilah.. kita nak jenguk2.. kalau dah tak dak nanti, nak jenguk apa pun x boleh dah..balikla sat tengok Abah sian dia.. skang nih dah mcam meracau dok tanya hang"

Abg Li " Hang balikla dulu nanti aku datang, tapi bukan sekarang... minggu depan ka tengok macamana"..

Memang Abg Li pulang minggu depannya, itupun cuma 2 hari.. alasan yg diberi as usual tak ada org yg membantu.. tetapi dgn kepulangan Abg Li itu keadaan Abah beransur sihat..... Alhamdulillah..

Selepas itu sehinggalah sekarang... Abg Li masih tidak pernah pulang utk menjenguk Mak & Abah.. aku masih teringat kata2 Abah 3 bulan lepas...

" Aku nih sebelum tutup mata.. nak jumpa Abg Li... nanti sapa2 balik boleh bawak aku pi JB nak jumpa cucu kat sana"....insyallah akan kami tunaikan permintaan Abah tu walaupun keadaan Abah yg memang uzur ketika ini
... dan dalam masa x sampai seminggu nih umat Islam akan menyambut Eidul Adha.. semoga Abg Li akan balik walaupun itu cuma tinggal harapan kami sekeluarga... Doakan kami sekeluarga ya..

Buat sesiapa sahaja yang sewaktu denganya... PULANGLAH.. kerana bukan wang ringgit yg org tua ni hendak.. tapi kepulangan anak2 sudah cukup membuatkan mereka gembira.. dan mereka akan tetap menerima kita walau dalam keadaan apa sekalipun.....

-Atih-






Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com

5 Comments:

  • At Friday, January 14, 2005 10:49:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    sorry meleleh air mata baca ni. makin tua ni makin sensitip la air mata jantan aku ni. abis-abis aku applykan buat diriku ini. Segala peristiwa lalu terbayang di mata. Bapaku dan meninggal dan tak dapat melihatnya di saat terakhir... brb

     
  • At Friday, January 14, 2005 10:59:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    Atih, moga abg Li akan pulang menjenguk. Bapaku sebelum meninggal teringin dan rindu juga padaku .. dan aku tidak dapat menjenguknya di saat akhir..sehingga dia meninggal dunia.

     
  • At Friday, January 14, 2005 11:16:00 AM, Blogger alia said…

    tula aku tulis.. sesapa yg sewaktu dengannya.. pegila jenguk sementara org tua masih ada.. esok lusa mana tau.. bukan saja depa aku pun sendiri kena mengingatkan diri sendiri... ada masa pegi jenguk org tua... x kirala mertua atau Mak Bapak sendiri..

     
  • At Friday, January 14, 2005 5:24:00 PM, Blogger Traveler said…

    Diharap Atih bg. tau abg Li suruh lawat website ni, so dia tahu macam mana perasaan Atih , bapa, ibu dan adik-beradik yg. lain.

     
  • At Sunday, January 16, 2005 11:03:00 AM, Blogger JoeBangla said…

    salam

     

Post a Comment

<< Home

 
Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com