AkuDiaDanSesuatu

Tuesday, October 4

Aku, Abg Li dan Bila Ramadhan Menjelma

Bila datangnyer Ramadhan aku mesti teringatkan Abg Li.. tak tahu kenapa.. mesti rasa tergenang2 air mata gitu..dah lama tak rasa lemang yg dibakar sendiri oleh beliau. Walaupun sekarang nih beliau dah berkeluarga..tapi rasanya sudah terlalu lama tidak berjumpa.

Bukan adik beradik len aku tidak ada kenangan..ada.. tapi Abg Li.. seperti yg aku pernah ceritakan dulu sudah terlalu lama tidak pernah pulang. Adik beradik len atleast aku jumpa juga kalau balik ke kg masa cuti sekolah ker atau masa cuti perayaan ker or aku sendiri pergi umah diroang kan. Tapi tidak Abg Li.

Dedulu masa aku kecit..Abg Li lah yg akan mengambil sumer tugas dan membahagi-bahagikan tugas seperti cabut bulu ayam , memasak lemang, tolong abah mengacau dodol dan memastikan sumer persiapan raya .. tapi itu dulu, sekarang.. mak dan abah pun dah tak larat nak kacau dodol.. kalau ada anak2 balik.. anak2 ler yg membuat persiapan raya utk diroang.

Mungkin tahun ini sekali lagi kami sekeluarga akan menyambut hari raya tanpa beliau.. entahlah, hanya doa aku panjatkan semoga dpt berjumpa mereka sekeluarga.Korang pun doakanlah yer semoga tahun nih tak dpt balik raya pun atleast terbuka hati Abg Li utk balik utk menyambut Ramadhan bersama mak dan abah.

Kami sebagai anak2 pun malas nak tanyalah soalan cepumas lagi pada mak dan abah, kerana hati org tua terlalu sensitip akhir2 ini, dan sudah berkali2 rasanya menyuarakan pada Abg Li.. "Bila nak balik???"..dan jawapan standard sudah semestinyalah.. "nantilah..".. harap2 tahun ini bukanlah Ramadhan yg terakhir.........................

Kepada sumer kengkawang tak kirala.. suku sakat, kroni or yg kenal, tak kenal dan sesaper yg jauh hati denganku iteww selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak yg mulia nih.. dan menyahut kata2 Ilham di blog beliau..aku juga ingin menyusun sepuloh jari kaki dan tangan.. dari hujung rambut hingga ke hujung *lutut*..kuku..ingin memohon maaf sekiranya selama kita saling kenal mengenali, beramas mesra, terkasar bahasa dan aper2lah.. jgn simpan di dalam *peti besi + mangga ngan solex*..hati.. kira 0-0 yach..

"Selamat Berpuasa Sumer"...
Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com

7 Comments:

Post a Comment

<< Home

 
Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com