AkuDiaDanSesuatu

Friday, January 28

Suatu Masa Dulu... Part 1

Semalam masa aku tgk Explorace ngan my hubby aku teringat masa memula kami kenai ngan lebe rapat hehhehe jiwang sehhhhhhhhh ni gambaq masa dodulu. Sbab expr semalam kat negeri Pahang.. *dengo tu NHK*.. bleh kata sumer tempat sml kat exp tu aku dah p kecuali kat Gajah Ganda & Tekam Plantations...

Sebenagnya aku betui tatau camna nak dload gambaq so ni jer cara yg aku tau.. harap maklum sumer..*ader ker yg nak tgk*.. x kisahlah.. tapi masa pirst time hubby aku jumper dier kata besonyerla minah nih... wooiiitt jgn ingat bukan2 aa.. aku memang badan beso.. so time tu hubby aku kecik jer...ini bukan pirst time jumpa sbab kami kenai dah lama cuma from here kami jadi lebe rapat k... Nanti ada idea aku crita aa

sms di awal pagi

Dulu aku pernah posting kat kengkawan ttg deringan diawal pagi dan sms di awal pagi yg semuanya tentang berita kematian yg aku terima..

Pagi tadi dlm kul 4am aku terima sms... memang h/p aku selagi x baca sms dier keep berbunyi so tidoq aku pun skit terganggu termasukla hubby aku... Aku ingatkan ada kecemasan or hapa ker so aku ngan mamai bacala sms aku tu.. Ini antara apa yg dihantar

Selamat Pagi
Esok pagi boleh arrange x Cina ikan utk dtg cuci kolam kat rumah
Lin

Hubby aku tanya sapa yg sms tu.. aku kata b**i Z******.. dier tanya apa dier nak pepagi sms..aku kata suroh tolong arrange cina cuci kolam ikan kat umah..... bole gitu.... sabo ajerler...

Hubby aku cakap.. patut2la memang aa aku nih ** kat opis tapi takkan sampai nak suruh cina ikan cuci kolam p sms kul 4 kot... aku diam jer... ermmm memang kengkadang aku x tahan ngan b*** z nih sbab kengkadang tu sampai laki kemana, kul berapa abis meeting & ngan sapa pun nak amik tau... huh.. kengkadang terpaksa tipu sunat... bole....

Selalu aku terpikir... syukurla aku hidup camni... kengkadang org kaya pun hati x senang....

Wallahuallam..



Thursday, January 27

Muhammad Irfan Naim

Hari nih besday Abg yg ke 7... dah besar rupanya anak aku nih... rasa baru semalam aku kawen ngan hubby aku....

Dari kelmarin Abg tanya kat aku bila nak siapkan dia punya hadiah utk kawan2 nursery .. nih Orgy mesti tau sbab anak dier pun dedolu selalu dpt kat nursery kan...
ermm so mlm tadi aku ngan hubby buatkanla dlm 50 bungkus hadiah utk kengkawan dier & memang tiap2 kali besday diorang kami akan buatkan hadiah nih or kalau org jawa kata "jajan" utk kengkawan dier kat nursery.. penat sehhh tapi rasa berbaloi bila pepagi Abg bangun senyum jer kat aku dan tanya

Abg " Nih hadiah nak kasi kawan Abg ye, Bu"
aku jawap.. "yelah.. kan Abg nye besday arini"..
dah tu Adik dier lak tanya..."Ni besday Abg ke besday Adik, Bu???"
aku jawab..."Kan bulan lepas dah celebrate besday Adik.. kena tunggu hujung tahun lagila baru sambut lagi".. tapi Adik as usual.. sumer besday dier yg punya...

ermm semoga panjang umur & murah rezeki anak ibu...& belajar pandai-pandai *ini nasihat MA * dan menjadi anak yg soleh....Insyaallah mlm nanti kita celebrate pulak sekeluarga & nanti ibu n papa belikan hadiah yg Abg nakkan k ...

Sayang selalu
Ibu dan Papa

Wednesday, January 26

Dreba

Masa petang aku balik kampung ari tuh adala org kampung aku nih jemput pegi makan kat rumah dier.. mak aku tanyala kenduri apa & dier kata kenduri kesyukuran... ermmm aku pun x amik potler.. so malam tu mak aku criter yg org kampung tu buat kenduri kesyukuran sbab anak dier dpt kerja jadi "dreba ambulance"... masa tu aku terpikir.. org dpt jadi dreba pun tau bersyukur.. aku ni ada kerja yg baik, suami dan anak2 kengkadang tu rasa x cukup gaks, bukan x cukup duit tapi rasa nak lebih lagi... sepatutnya aku bersyukur dgan rezeki yg Allah bagi kat aku....

Time tu jugak aku rasa yg mungkin satu hari nanti Allah tu akan tarik balik segala nikmat dan rezeki yg diberi.. so macamana aku nak handle sumer tuh...?????

semoga aku x lalai dengan segala segala rezeki yg diberi... Amin..

Monday, January 24

Inter-Mission

Sebelum aku story mory lagi... aku nak mintak maap kat Aunty N sbab x sempat nak ke rumah Aunty N sbab schedule terlampau padat.. sampai nak pi beli s**d** pun x sempat.. :-) takpa nanti raya posa taun nih saya datang..... sbab coti lama skit..

Masa balik kampung raya haji ari tuh... bleh dikatakan sumer balik aa Along, Andak, Anjang, Aku, Acik & Acu ..kecuali Kak Tam (ada korban kat umah dier di BDatok) & Abg Li...

Masa kitaorang tgh buat BBQ ptg raya tu.. Abah ada cakap

" Aku nih teringin nak pi jumpak semua mertua aku.. kalau boleh.. nanti masa hampa balik bawakla aku sekali... last aku pi ke Meru.. masa Asliah aka aku kawen ari tu... manala tau dah x jumpak dah nanti..."

sumer terdiam... masa tu... dah tu Acik cakap..

"okla tu Bah.. nanti masa kami balik Abah ikut sekali la.. on the way tu bleh singgah Meru-mertua aku, Kg Awah, Pahang-mertua Acu & terus ke Johor-jumpa Abg Li & mertua , yg dekat nih kita pi esok pun buleh...aka mertua Along kat PBuntar, Andak kat Permatang Kling & Anjang kat Bagan Baru & for Acik yg takdak kuarga mertua kami pi rumah kakak ipar dier aje kat KK"

so kami adik beradik pun dgn misi utk menemukan Abah dgn semua mertuanya berjalan dlm masa 2 hari tu... utk Kak Tam.. Abah dah jumpa dah mertua di Bagan Datok during raya posa ari tu.. memola gi rumah mertua Anjang kat Bagan Baru ini hari raya pertama jer dah abis masa sbab jauh skit dari rumah... sampai rumah dah malam dah...esoknya sambung ke KK dah tu terus ke PB & last ke Permatang Kling...

Dalam masa yg sama kami terpaksa menjual segala ayam2 yg tinggal.. sbab Mak & Abah will be away around 2 weeks...

So semalam kami dah pi bawak Abah & Mak jumpa mertua aku di Meru...& esok Abah & Mak akan ke Pahang pula..harap hajat Abah & Mak akan tercapai hendaknya.. AMIN..

Wednesday, January 19

Satu Hari di Hari Raya

Satu Hari di Hari Raya
Kulihat cahaya bersinar indah
langit cemerlang tak kuterkira
tanda kuasa yg mana esa
memberi nikmat pada manusia

Satu hari di Hari Raya
kudengar irama yg sungguh indah
ku coba mendekati padanya
kira irama itu ialah
suara pujian pada yg Maha Esa

Satu hari di Hari Raya
aku menangis tanda gembira
aku menangis tanda ku cinta
kepadaNya

Satu Hari di Hari Raya
Kulihat wajah suci ibuku
Kulihat wajah kasih ayahku
Kugembira.....
mungkin inilah dia kebahagian

Pada semua kengkawan yg mengenali x kirala pernah jumpa ker atau x pernah jumpa tu.. aku nak mengambil kesempatan nih mengucapkan.. "Selamat Menyambut Hari Raya Eidul Adha" semoga ikatan silaturahim kita akan berpanjangan dan pada yg nak balik kampung samada hari ni atau esok tu..memandu dgn berhati2 dan ingatlah org yg tersayang...semoga selamat didalam perjalanan pergi dan balik....INSYALLAH...

Pada yg jauh di perantauan tu.. semoga bergembira hendaknya dan jgan 'blues' walaupun tidak bersama sanak saudara di sini...
sesapa yg dari utara tu kalau datang ke Bagan Serai Perak singgahla ke rumah k...& kalau nak merasa makanan org Perak sila-sila jgan buat muka x malu k..

No.60, KM 19
Jln Tepen
Bagan Serai
Perak Darul Ridzuan...
calling kalau nak datang-019-2511448
*kalau x call mana tau aku berjalan ka & alamat minum ayaq sejuk jela*


p/s... aku coti esok sampai ahad

Monday, January 17

Nilai Kasih Ibu

Dpt nih dari email seorang kawan, mungkin ada yg telah menerimanya tapi saya paparkan sekali lagi disini..

Ini adalah mengenai Nilai kasih Ibu

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:

Tolong pergi kedai $4.00
Tolong jaga adik $4.00
Tolong buang sampah $1.00
Tolong kemas bilik $2.00
Tolong siram bunga $3.00
Tolong sapu sampah $3.00

Jumlah : S$17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatuberlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu - PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 'Telah Dibayar malah terhutang ' pada mukasurat yang ditulisnya.


Friday, January 14

Tribute to Suhaili - Final

Utk pengetahun korang.. nama kakak ipar aku Kak Nor.. kalau tgk luaran memang nampak baik.. x tahulah aku.. apa sebenarnya terjadi antara mereka nih.. macamana mereka berkenalan seterusnya berkahwin pun kami x tahu...

Kepulangan Abg Li sebenarnya menambah luka yg sedia ada dan menjadi nanah yg terus membunuh... beliau sama sekali bukan anak yg dulunya amat mengambil berat ttg keluarga dan kami sama sekali tidak mengenali perwatakan beliau.. beliau seolah-olah tidak mengingati yg beliau masih ada keluarga disini..

Selepas perkahwinan dilangsungkan.. Abg Li dan Kak Nor ingin menetap di JB katanya..mereka mempunyai rangkaian perniagaan disana dan semua kaum keluarga Kak Nor tinggal bersama Abd Li dan semuanya DITANGGUNG oleh Abg Li.. seingat aku cuma sekali itu sahaja sumer kaum keluarga pergi bertandang ke rumah beliau di JB semasa rombongan menghantar pengantin.. itupun dgn keuzuran Abah esp yg tidak dpt berjalan jauh dia gagahkan juga semata-mata ingin melihat sendiri Abg Li berkahwin.. Mak apakan lagi memang gembira sbab menyambut menantu.. walaupun tidak mengetahui latar belakang & keluarga namun jauh disudut hati tetap mendoakan kebahagiaan anaknya.. itulah kasih ibu.. tidak kira walau sebesar mana kesalahan anak sekalipun tetap memaafkan anaknya. *ishk..ishk* sambil lap2 ayaq mata..........

Memang betul apa yg disuarakannya Abg Li semasa kepulangan beliau iaitu kepulangannya hanyalah untuk melangsungkan perkahwinannya dan bukannya utk bersama keluarga.... dari hari kehari beliau seperti tidak wujud disini.. tidak langsung menalipon bertanyakan khabar dan beliau cuma akan menalipon apabila berada didalam kesusahan ataupun sakit.... , Hari raya x pernah balik cuma sekali seingat aku dan keadaan ini berlarutan sehingga beliau mempunyai 3 orng anak.. dan bermakna Mak & Abah mempunyai 3 org cucu.. tetapi jarang sekali kami melihatnya kecuali melihat cucu dari gambar yg dikirim ..itupun cucu yg sudah berumur 3 tahun x silap aku....
Semasa kenduri kahwin Andak, Acik dan Ucu pun Abg Li tidak datang.. cuma semasa kenduri kahwin aku dia dtg cuma 2 ari sahaja...walhal JB bukannya jauh... tapi tulah kan.. nasihat aku kpd org yg ingin berkahwin atau sedang bercinta nih..

"carilah pasangan bukan sahaja yg menyayangi kita tapi keluarga kita juga... Beliau bukan sahaja berkahwin dgn diri kita malah dgn keluarga kita... "

Mak merasakan ada sesuatu menimpa Abg Li.. kerana tidak langsung ada ingatannya kpd keluarga dan Mak sekali lagi pergi berjumpa bomoh..heheh x serik2 Mak aku nih... ini antara kata2 bomoh tu

"Dia nak balik, tapi dia x boleh sbab dier kena selesaikan dulu urusan dia"

Memang Abg Li jadi begitu.. sbab bila ada saudara mara berada dekat dgn beliau, Abg Li akan mengingati kami, tapi bila tiada sesiapa.. satu ingatan pun tidak ada... ibu menjadi teramat sedih apabila ada org yg sampai hati memperlakukan anaknya sedemikian rupa.. yelah hati ibu mana yg tidak sedihkan..

Pada tahun 2002 Abah ditimpa sakit iaitu saluran kencing tersumbat dan dijangkiti kuman.. Abah dimasukkan ke HT.. dan ditahan selama seminggu.. dlm pada sama melalui pembedahan.. yelah org tua... mesti disaat-saat ini agak emo sedikit dah mengharapkan kepulangan anaknya utk menjenguk.. tapi apakan daya.. sehingga Abah dibawa pulang kerumah pun Abg Li tidak muncul... sehingga kesatu tahap.. setiap org yg datang mesti ditanya..

"Ali ke yg datang"..

Kami sekeluarga sudah berusaha memberitahu keadaan Abah tetapi alasan yg diberi..

"Abah dah boleh balik dah.. ok la tu.. sbok kat sini tadak sapa nak tolong handle business disini, nantilah bila senang aku datang la"..

Andak yg merupakan Abg Kedua yg mengambil alih tugas Abg Li sebagai anak lelaki sulung bertekad pergi ke JB dan memberitahu sendiri keadaan Abah ketika itu...
ini antara kata2 yg diungkapkan...

Andak "Org tua kita bukan muda lagi... malah semakin tua... masa dia hidup nilah.. kita nak jenguk2.. kalau dah tak dak nanti, nak jenguk apa pun x boleh dah..balikla sat tengok Abah sian dia.. skang nih dah mcam meracau dok tanya hang"

Abg Li " Hang balikla dulu nanti aku datang, tapi bukan sekarang... minggu depan ka tengok macamana"..

Memang Abg Li pulang minggu depannya, itupun cuma 2 hari.. alasan yg diberi as usual tak ada org yg membantu.. tetapi dgn kepulangan Abg Li itu keadaan Abah beransur sihat..... Alhamdulillah..

Selepas itu sehinggalah sekarang... Abg Li masih tidak pernah pulang utk menjenguk Mak & Abah.. aku masih teringat kata2 Abah 3 bulan lepas...

" Aku nih sebelum tutup mata.. nak jumpa Abg Li... nanti sapa2 balik boleh bawak aku pi JB nak jumpa cucu kat sana"....insyallah akan kami tunaikan permintaan Abah tu walaupun keadaan Abah yg memang uzur ketika ini
... dan dalam masa x sampai seminggu nih umat Islam akan menyambut Eidul Adha.. semoga Abg Li akan balik walaupun itu cuma tinggal harapan kami sekeluarga... Doakan kami sekeluarga ya..

Buat sesiapa sahaja yang sewaktu denganya... PULANGLAH.. kerana bukan wang ringgit yg org tua ni hendak.. tapi kepulangan anak2 sudah cukup membuatkan mereka gembira.. dan mereka akan tetap menerima kita walau dalam keadaan apa sekalipun.....

-Atih-






Thursday, January 13

Tribute to Suhaili - Part 2

Sbab ada org tu dah kasi hint bila kesinambungan crita Abg Li nih kan so kenala aku habiskan.. x elok crita tergantung lelama nih... buat org tertunggu-tunggu...

Dalam masa 7 tahun tu ada gak Mak aku gi jumpa bomoh & ader sorang bomoh tu quote

"Dia hidup lagi..tapi dia x boleh balik sekarang, nanti sampai masa dier dtg sendiri" aku masa tu mana percaya sumer2 nih termasukla Abah aku.. tapi Mak aku kata ini salah satu ikhtiar jugak..
dalam masa yg sama ada gaks org bagitau ada penah terjumpa dier kat somewherelah.. tapi sumer tu hanya cakap2 org jer...

x silap aku dalam bulan 9 camtu taun 1993 dier tepon..kat umah & bagitau dier nak balik..aku like wat??????? Abg Li nak balik...ermmm dah rasa cam tak excited pun ada, geram pun ada & berbagai2 lagilah perasaan masa tu.. Kitaorang sumer dah bleh agak musti ada adegan Drama Minggu Ini or Cerekarama..yelah dah 7 tahun musti ada pelbagai crita yg nak di explain kat kitaorang kan.. esp Mak & Abah tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii


SEBALIKNYA BERLAKU

so hari2 yg ditunggu tiba... Abg Li balik ngan bawak sorang pompuan now kakak ipar aku.... sumer yg kat rumah like terkezut gitu..& dlm kpala "bini dier ker, bila kawin, kawin kat mana ker org mana & so on..."

masa jumpak2 tu biasa aa adegan cerekarama & melankolik... pelok cium berbagai...after that dier not even explain wat happen between 7 years dier ilang tu dier terus cakap dier balik nih sbab dier nak mintak izin nak kawen ngan pompuan tu....

kalau korang apa perasaan korang??????????????????? rasa nak sekeh, penyepak ke kasi back hand..
tapi sumer tu tadak...nih apa Mak aku cakap..

"Hang balik nih pun dah cukup dah, x kirala nak kawin ka apa ka tu nanti kami uruskan"
aku rasa Mak aku nak sedapkan hati dier sendiri kot dah tu tak mau sakitkan hati Abg Li.. takut dier lari lagi kang...

Abah aku diam jer... x cakap aper pun
Yg paling menentang ialah Kak Long.. dier cakap
"Dahla balik bawak pompuan dah tu semata balik nak mintak kawin, ada ka patut??? entah pompuan mana tak tau..."
Kami yg lelain cuma menyaksikan jer drama tu cuma Andak cakapla.. "dah dia balik nih kira dia ingat gak kat kita yg dier nak kawin, cuba dier kawin sengap2...yg lelain tu nantila pelan2 kita tanya dia, bagila dia masa...."
so dalam masa 2 bulan jer preparation sumer tu dgn merisik, meminang dan seterusnya majlis perkahwinan..since masa tu pun kakak aku memang bercadang nak kawin taun tu maka majlis tu ada 2 pengantin Alang aka Abg Li & Anjang aka Kak Lelah... meriah..cukup meriah tapi dlm hati x siapa yg tahu..........

kena bersambung nampaknya ...tunggu part 3 wat happen after dier kawen..


Taik Telinga Masin

Masa tgh bersiap kat umah pagi tadi...

AKU "Ayang.. this weekend kita gi shopping skit nak beli spender la.. tgk aa nih dah terkoyak kat tepi nih..."
AYNG " Elok la tu.. duit jer berkepuk tapi spender berlubang" sambil gelak-gelak

AKU Sabo ajerler..*dlm hati*

Masa on the way ker opis

AKU "Laa.. kasut ibu nih patutla rasa semacam dah koyak rupanya kat alas dier" duit lagi...ermmm minggu depan la beli sekali ngan spender yer..sbab minggu depan balik kampung kan.. dpt murah skit.."
AYNG "Tu bukan taik idung masin dah tu.. tu tahap taik telinga sekali dah tu" gelak lagi...

AKU upsss... kedekutkah aku?????????????

*so moral of the story.. jgn kedekut sampai spender pun x terbeli*

Wednesday, January 12

Tribute to Suhaili - Part 1

Sebelum aku tulih crita nih, aku sebenarnya tujukan khas crita nih utk bro Joe & Om sbab apa yg akan aku crita ada sedikit sebanyak sama mungkin tentang mereka...

Aku dibesarkan didalam sebuah keluarga yg agak besar 8 org adik beradik.. aku merupakan anak yg 6.. Didalam kuarga aku ada 3 org sahaja adik beradik lelaki iaitu Abg Sulung..Suhaili@Abg Li dan Abg Andak & yg bongsu.... x payahla aku crita tentang sumer org sbab aku nak crita ttg Abg Sulungku- Suhaili..

Sepanjang 30 tahun nih aku mengenali dia dengan seorang yg kuat agamanya.. seorang yg bertanggungjawab dengan keluarga sehinggalah "trajedi oktober" yg merubah segalanya...

Segalanya bermula semasa Mak & Abah pergi menunaikan haji... diketika itu Abg Li dipertanggungjawabkan untuk menjaga 4 org adiknya iaitu Anjang, Atih*aku*,Acik dan Ucu.
Sepanjang didalam penjagaan Abg Li kami cukup selesa kerana beliau akan memastikan kitaorang cukup makan segalanyalah... tapi disebalik itu beliau ada memberitahu kami yg beliau merasa tertekan kerana beliau ingin meneruskan pengajian ke luar negara didalam Bussiness Studies.. yg mana segala tawaran telah diterimanya.. tapi memandangkan beliau dipertanggunjawabkan utk menjaga kami maka beliau merasakan kami sebagai halanganya ketika itu... Kami ketika itu masih kecil so mungkin x ambik pot dgn kata-katanya just sengih jer kot..hehehhe. Dimasa yg sama Abg Li nih ada makwe dah masa tu di Ipoh.. Wahidah namanya.. baik orgnya & mereka merancang utk bertunang sebelum Abg Li ke Luar Negara.. sumer perancangannya ni beliau tidak beritahu pun kpd Mak & Abah cuma kami yg menjadi pendengar setianya dimasa itu..
Mungkin silap beliau tidak memberitahu sumernya atau org tuaku yg tidak bertanya tentang sumer nih???????????

Sepulangnya Mak & Abah,Abg Li meminta izin utk ke Kuala Lumpur untuk mencari kerja katanya...tetapi sebaliknya berlaku.. beliau terus menghilangkan diri dari kami sekeluarga.... mula tu ada juga beliau mengutuskan warkah lama kelamaan terus senyap begitu sahaja... Mak & Abah memula tu merasakan beliau sebok tapi kalau dah raya pun x balik & not even tepon so membuatkan mereka risau.. Didalam masa yg sama Wahidah pun ada bertanyakan tentang Abg Li kerana katanya Abg Li sudah lama tidak menghubunginya...

Mak & Abah ada juga bertanyakan kami.. apa masalahnya tapi kami just bagitau yg beliau mungkin merajuk sbab beliau tidak dapat meneruskan pengajian ke Luar Negara di masa itu.. Mak cakap "kenapalah itu menjadi alasannya". Jika ada x puas hati atau apa-apa pun bawak berbincang.. masalah takkan selesai dgan cara begini.. tapi tulah.... masa takkan boleh diulang kembali.. yg terjadi akan tetap terjadi..

Kehilangan Abg Li berlarutan selama 7 tahun... selama itulah kami semua berusaha mencari beliau, telepon sumer saudara mara, menjejak kawannya di STAR & UITM tapi sumer itu hampa... masa tu yelah org kampung mana nak terpikir kemungkinan beliau ke Luar Negara kan.. so memacamlah ikhtiar kitaorang sampaikan masuk segmen Jejak Kasih masa tu..huhuhu.... Abah masa tu jangan cakapla, beliau merasakan kehilangan Abg Li kerana merajuk dgn beliau.. so siang malam berendam air mata... sehinggalah ke suatu tahap.. sumer adik beradik nak membuat kenduri arwah... tapi tulah naluri seorang Mak tu kuat mengatakan anaknya masih hidup..dan Mak aku x pernah menyalahkan Abg Li sbab menghilangkan diri kerana katanya "mungkin Abg hang ada sebab2 tersendiri".. tapi dari matanya aku tau dia sebenarnya rindukan Abg Li walaupun dier x beritahu sumer tu..
dan memang betul pun Abg Li masih hidup sampai sekarang nih... cuma keadaannya berbeza...nanti part 2 aku crita wat happen after dier balik...





 
Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com