AkuDiaDanSesuatu

Friday, May 27

Riang Ria Cuti Sekolah Dulu dan Sekarang

Esok cuti sekolah bermula.. wajah anak2 ku sudah tergambar wajah keriangan.. kerana dapat bercuti bersama2 ibu dah bapa mereka..

Dedulu masa aku kecit.. aku x penah pun melancung kemana2 *melencong lagila x dak kan* :-)..
masa cuti sekolah sbab adik beradik ramai..tapi yang syoknya masa cuti sekolah bleh bermain lama skit sbab bila pagi lepas ke bendang tolong Mak & Abah balik awal skit dlm kul 11 pagi dah balik dah sbab kena masak apa yg patut kat umah..nanti bila Mak & Abah balik dah bleh makan dlm kul 1ptg or kul 2ptg camtu..

So kengkadang on the way nak balik tu sempat lagi kengkadang men ngan Adik2 aku ataupun ngan kakak aku x kirala..men kejar2 ker..men menyorok2 ker.. men lastik burung ker or sempat lagi panjant pokok mempelam..sbab perjalanan dari bendang ke umah bleh tahan gaks aa jauhnyer..

Bila petang laks lepas makan solat sumer.. kitaorng dah planning dah nak buat aper petang tu.. samada men ngan kengkawan sebelah umah atau pun kebendang semula..Kalau kebendang semula masa petang sebelum balik tuh bleh la men layang2 or.. mengail ikan ker tapi kalau x kebendang tuh.. aku selalu menla baling2 tin/kasut or men galah panjang ngan kengkawan sebelah umah..

Masa dulu aku x pikir pun nak study ker hapa.. rasa best jer.. kengkadang tuh selamber jer terjun dlm parit..lawan berenang berbagai.. aku takdakla bogel.. pakai baju & suar panjang..tapi ada gaks bebudak yg bogel..so kira time tu bleh gaks aa cuci2 matakan..ekekkekekekkekkek

Sekarang nih bila tiba cuti sekolah.. anak2 aku cuma tanya.. kita x pegi jalan kemana2 ker Ibu?.. so itu jerlah aktiviti kitaorng samada bercuti kemana2 bawak anak2 tak pun pegi mandi manda ker.. rasa cam boring jer gitu.. Paperpun.. semoga anak2 aku happy selepas habis exam minggu nih..

notes: aku bercuti selama 5 hari bermula esok..sampai rabu.. so aku x update ler..pegi FD opis papa kat Rompin..

----------------------------------------------------------------------------------------------

Mak hampir terlupa u ols.. sempena perjumpaan Ketua2 Penatia iteww semoga bila makan ciktam dan cikdang iteww ingat2la mak di Rompin nanti.. dan Ciskek cik loyang iteww simpan skit yer...Dan lagi satu..semasa berwebcam iteww kim ciktek lantun yer kat mamat bangla iteww....*lambai2 sapu tangan lessie*

Thursday, May 26

Semalaman...

Tahniah pada AC Milan sbab men chantek pagi tadi.. cuma takder luck ajer nak menang UEFA CL tuh.. walaupun separuh masa pertama dah leading..tapi kesungguhan Liverpool nak menang tuh aku puji gaks aa sbab dah ketinggalan 3-0 separuh masa.. tu tatap lagi bleh score dlm masa kedua..

Paperpun..mesti si Mandur & Bini nombot teega gumbira arinih..kembang kuncupla lobang idung memasing..

Ockay.. lagi satu mlm tadi aku nengok final for The Contender.. diantara Sergio Mora The Snake dan Manfredo Junior..*betul ker nih* memang best aa dpt nengok both of them in the final.. tapi aku lebih sokong Manfredo nih... tapi ketinggian Sergio lebih memberikan kelebihan pada beliau untuk menjuarai The Contenter...

Itu ajer...aku nak wat keje nih...

Wednesday, May 25

Mak Letih U Ols

Mak teramatlah letihnya u ols.. *bukan mak cikcur seminggu nih tau* tapi mak letih sbab

1) Pasukan mak kalah masa FA Cup iteww ari..walaupun bermain dgn chantek tapi nasib lebih menyebelahi Arsenal u ols... penat mak menyokong dengan sepenuh jiwa raga dan ciktek sekals..tapi pasukan maks still kalah u ols.. dengan tendangan penalti laks tu..huhuhu.. meroyan mak gini tau..

2) Anak ikan Mawi ku x dpt masuk final 12 for AF3 tau... mak berdoa semoga adanya AF MASUK nanti ekekekkek tapikan ciknek sagem.eh..sore sebenarnyar. si Felix sama iteww Yazeeerr pun not bad.. membuatkan mak merembes u ols..

3) Paps mak ditimpa kemalangan u ols.. di bentes pihak lawan semasa perlawanan bola sepak tau.. sedih mak tau u ols sbab paps mak x leh jalan, sekarang terpaksa menjadi YB ..*Yang Bertongkat* mak pula kenalah menjadi isteri mithali u ols...mak pasrah...

4) Mak pun x berkesempatan lagi u ols hendak membelikan barangan untuk menaikkan ciktek hadik2 mak iteww nanti.. so terpaksalah mak memikirkan apa yang hendak dibelikan nanti semasa mak pergi ke Thailand..hiks..hiks..

5) Keje mak di opis pun melambak dgn tetiba sbab dah bapa hari mak coti u ols..

Friday, May 20

Kita Hanya Merancang...Jodoh Tak Ade

Memang pada mulanya..saya tanak pun posting tentang ketidak sampaian atau ketidak hadiran saya untuk menghadirkan diri ke Mejlis Gilang Gemilang iteww dan merasmikan progam motivasi sempena bulan yang mulia ini... eh..ehh..silap..bukan tu yang saya nak cakapkan..
Memang sudah confirmed...CHOP MOHOR LAGI.. saya x dpt menghadirkan diri ke Mejlis suai kenail atau beramas mesra bersama Ketua Penatiawanita Peringkat Perbadanan Negeri Ulu Jempul itew..
Saya selaku penyeri Mejlis itu menyusun sepuloh jari kaki..*jari pun boleh* kepada semua ketua2 bahagian gabungan dari Ulu Bendul, Ulu Tembaga dan Ulu Tembeling dengan limpah kurnianya supaya meneruskan Mejlis iteww dengan gilang gemilang 7 hari 7 malam.. *kalau nak sponsor baju lip lap2 sila sms me*
Sekian, harap maklum.
Yang Sentiasa Berkhidmat..
Signed,
Penatia Kawasan Ulu Bernam Jaya

Wednesday, May 18

Chayo..Chayo..

Apa aku nak crita entah.....

Aper2 pun... masa hari Senin..masa makan malam.. papa ada bagitau a good news utk aku pasal FD kat Summerset tu mungkin tunda on the next week... kira x sesiala "usaha" aku..ekekekkeke tapi x bebetul confirm pun sbab kemungkinan akan ada perubahan lagi...so tak dapatla aku nak ber Hip2 Horray kan..nak celebrate..

Minggu nih dan minggu depan.. anak2 aku peksa.. so aku lebih manyak tumpukan pada diorang dan beri semangat utk Abg dan Adik.. sbab dua2 dah cakap nak apa kalau dapat peksa sumer markah penuh..Adik nak mintak gantikan basikal dier yg asyik tanggal jer dier nyer rantai dan Abg laks nak mintak belikan kasut bola dan jam tangan.. Mudah-mudahan anak Ibu dapat jawab sumer soalan dengan baik..yer..
Kalau Adik tu aku kena nengok2 ler..basikal yang mana dier nak kan sbab Adik nih dier lebih fokus dlm pelajaran.. x banyak main2 mcm Abg dier..tapi kalau diorang x dpt penuh pun aku akan tetap belikan... sbab itu hanyalah satu motivasi utk diorang supaya lebih gigih belajar..
Masa dedulu aku rasa aku takder motivasi camni kot i mean nak basikal ker jam ker sbab aku dari kuarga yang serba kekurangan..basikal pun turun temurun dari Kak Long ke Abg Li.. sampaila ke aku dan adik2 yang lain sama gaks dengan baju ..Mak & Ayah aku cuma kata.. belajar rajin2 dah pandai esok bleh dpt keje yg elok2 boleh bantu kuarga..
Kira anak2 aku sekarang nih lebih beruntung kot..Memang aku xleh la nak samakan zaman aku dulu dgn zaman anak2 aku sekarang nih..memang jauh beza... tapi aku selalu gaksla mention kat diorang.. belajar buat sesuatu tuh dari kecit..esok2 besar senang.. xyah menyusahkan orang lain..cam cuci pinggan sendiri, kemas tempat tidur sendiri, basuh kasut sendiri..supaya depa nih sedikit sebanyak tau kesusahan hidup nih.. bukan dengan mintak jer dari Ibu Bapa..
Apa aku membebel sensorang nih.. oklah.. aku nak wat keje skit nih..
Ibu..

Monday, May 16

Lamunan Terhenti..

Memang dunia ni kecik jer...balik2..kat situ gaks..

Masa memula aku start menulis dlm blog nih..aku cakap kat diri aku, mungkin aku akan jumpa org2 yang aku kenal dan mungkin akan jumpa orang yang kenal aku..mcm yg Puan Kebun tulis dlm entry dier satu masa dulu pasal 6 Degrees Separation tuh..
Aku memang x jangka nak jumpa umat nih.. sbab aku tatau aa story kesah chenta zaman rock kapak aku begitu fofular.. sampai umat nih pun tau rupanya..huhu..malu gaks memulanya..yelah..aku manala ada 'idung' kan..dahla idung pesek..pipi laks tembam..:-(
Lainla umat nih..idung mancung..bak seludang.. pipi laks kembung..ekekekekkek *melawak ja*..tapi memang dier keturunan lawa kot..
Lama gaksla..kami dok berchat..sampaila dier nunjuk gambo dier yg 'cun' iteww.. aku memula bak lagu tulah..Lamunan Terhenti seketika dan terkasima pabila menatap wajah iteww...memang sejibik..seacuan..dan sedondon..dgn 'xbpren' aku iteww..
Aku dalam hati..dah cuak dah... ingat nak kasi alasan nak g jamban ajerler :-)..umat nih laks tetiba teringat kots..nama sebenar aku dan sedikit sebanyak tentang dimana aku berasal..Maka bermulalah episod 'CSI KD' yang penuh dengan kerumitan yg perlu di rungkai dan sumer para suspek yg berkemungkinan terlibat..huhu..begitu serius bunyinya..
Sehingga ke hari ni..aku masih terasa.."malu besaq" kalau nak jumpa umat nih..
Nostalgia..

Thursday, May 12

Mak Pasrah U Ols

Semalam petang masa mak dah abis memasak sumer..*mak kan isteri mithali u ols* mak heranla apersal paps x balik lagi..sesuatuh tau paps nih..sbab selalu hari Rabu paps balik awal kan sbab nak bersama melayan kegersangan mak kan..eh..eh.. silap :-) sbab paps ada main badminton setiap malam Rabu..
Mak pun teponla paps kan.. dier kate kat opis lagi u ols... sesuatuh tau paps nih.. dier kata baru abis meeting ngan org di Summerset iteww..Mak cakap ockay..sbab paps cakap nak balik kejap lagi.. Mak pun baring2la kan sbab baru lepas memasak..*sambil2 urut2 tangan dan jari2 mak supaya mulus kembali*..
Dah lepas maghrib gitu..baru paps balik...paps bagitaula yang dier meeting ngan org dari Summerset iteww dan nak pegi sama ngan tarikh mak nak pegi cikcuran eh..eh..silap lagi tarikh yang sama mak nak bersama kawan2 fonenz mak...Sentapzzzz tau u ols.. nih yang membuat mak hangin kus2 satu badan tau.. tetiba laks tukar tarikh nih.. mak pasrah gini u ols..
Aper yang boleh mak buat untuk mengubah tarikh iteww u ols selain cikloi setiap malam..eh..eh..bukan selain pasrah u ols... Pada kengkawan fonzz mak tuh.. doakanlah mak dpt nak berjumpa u ols tau... *atas tikar semayang tgn dok tadah*..
Mak redho yeww..

Wednesday, May 11

....Bila Kemalasan Melanda..

Selamat Hari Lahir Utk NHK..arinih..semoga hadiah engko tu engko suker..hehehhehehheh dan semoga org tu dah tepon engko utk wish aper yg patut..

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sehari semalam asyikla..dok berconference..ngan sumer cik adik2 manis dan jantan macho tu.. aku jer versi makcik bak kata iza.. sabo ajerle..
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Itu ajer

Tuesday, May 10

Berkahwin Dengan Suami sahajakah..ataupun..

Semalam..masa aku dok buhsan mengadap pc..org nih YM..nanya aku..adala crita yang terkait pasal kuarga mertua..ada satu part tuh..org nih kata.. x kisahlah diorang camaner pun..janji kita.. means i dan hubby + my family bahagia..

Ermmm bukan aku nak menyalahkan org tuh..BUKAN *jgnla dier terasa laks*...jauh sekali..aku hargai pandangan dier tuh.. bagi aku laks.. aku dahla dikira sendiri di perantauan nih.. mak ayah jauh di kampung.. nak balik sebulan sekali pun susah.. so yang paling dekat pun adalah keluarga mertua..
Mana ada org perfect yer dak.. memang bila kita berkahwin..kita dari 2 buah keluarga yang berbeza.. iaitu.. cara kehidupan, cara bercakap dan lain2 lagilah.. Bukan senang untuk menerima org luar means "menantu" didalam sesebuah keluarga.. aku cukup memahami itu.. dan bukan mudah juga seorang "menantu" untuk menerima ahli keluarga mertua...
Kalau nak dibandingkan memang jauh bezanya...dier ada 5 org adik beradik aku laks dari 10 org dan 2 dah meninggal sekarang tinggal 8 org.. Kuarga dier sumer duduk dalam satu rumah dulunya.. kuarga aku kebanyakannya sumer merantau aka dok kat asrama kebanyakkannya.. so dekat situ dah boleh beza dan aku memula kahwin pun memang semacam ada 'culture shock' gitu.. yelah.. diorang cakap jawa.. aku sikit2 tu bolehla.. kalau dah cakap lelebih aku nganga ajerler.. Sama jugak biler hubby balik ke kampung aku.. kengkadang dier pun nganga gaks sbab Mak & Ayah aku cakap banjar.. tapi selalunya kami cakap utara ajer kat umah...
Tapi bila dah semakin hari aku nengok.. aku jadi cam dah terbiasa sengap ajer biler balik.. sebab cam tak ader modal gitu apa nak di sembangkan.. sepatah ditanya sepatah aku jawab.. sepatah aku nanya sepatah pulak yang di jawap.. Mungkin korang rasa aku x berusaha kot nak menambat hati.. ya mungkin ya.. salah aku... kalau nak kata aku x amik hati..x mungkin.. nak kata aku berat bontot x jugak, nak kata aku x penah masak x jugak, nak kata aku x attend all the weddings, segala kenduri x jugak..
Itulah.. i just feel not part of them... that's all.. ker aku jer yang rasa gitu...

Monday, May 9

Melayu Mudah Lupa...Rupanya..

Masa ari Jemaat lepas...masa mangun2 tido tuh..aku dok tunggu2 gaks aa hubby aku nak ucapkan *Eppy Besday*..dokla aku tercongok...tapi..dier buat derkkkkkk ajer..cam ari2 biasa...bangun, mandi, solat dah tu anto Abg ke sekolah....dlm hati aku...

"Aiii..lupa lagi ker papa nih?"

Ermmmm.... sebenarnya..2 tahun lepas pun dier lupa gaks..tarikh lahir aku... sampai ke malam barula aku ingatkan... dier kata sorry "terlupa".. So memandangkan dier nih memang takkan ingat tarikh2 tuh..aku katala..save dekat h/p..sbab nanti h/p akan remind bila tarikh penting tuh.. dier kata ok..
So tahun lepas..adala reminder dari h/p yang menyelamatkan..Tahun nih..aku "SENGAJA" delete message tuh....nak tengok..dier ingat ker tidak kan tarikh lahir aku without reminder from h/p... rupa-rupanya...MEMANG DIER X INGAT.. :-(
*sapa suruh delete...kan dan PADAN...*
Dari pagi tuh sampaila ke petang..aku tunggu2 lagi..manala tau..hubby aku nih tetiba laks nak jadi romantik, walaupun aku tau dier memang seorang yang x romantik sejak azali... Sebenarnya aku bukan mintak apa2 pun...*rantai emas jauh sekali, walaupun rantai basikal pun x penah mintak*..
Aku ni sebenarnya bukanlah mata $$$ mcm apa yang aku mintak tuh, jauh sekali meminta yang bukan2..org jawa kata "tak banyak rewel"........mcm satu ceramah yang aku penah dengar dari Datuk Dr. Hj Mohd Fadzilah Kamsah..dier kata..
"Hati perempuan nih lembut..dier akan mudah tersentuh walaupun kita hanyalah memberi Sekeping Kad dan Sebaris Puisi untuk dier"
aku mcm tulah..aku bukannya mengharapkan apa2 pun..cukuplah sekadar ingatan, ya..INGATAN pun jadilah..without hadiah..
Masa hari Jemaat petang tu..dlm kul 4.20pm kot.. hubby call..dier tanya pasal insuran.. dah cakap lebih kurang..aku dlm hati..nak bagitau ke x...bagi tau ke x nih..last2..aku kata..bagitau jelah..nengok apa dier nak cakap..
Aku sengajala tanya.. "Papa,hari nih berapa hari bulan"..
"Ermm......... *lama nih sbab dier nengok kalender kot* la...sorry..sorry..papa lupa"
"Dah petang dah nih...kalau ibu x ingatkan sampai esok pun belum tentu ingat tuh"aku buat2la sore merajuk :-)*
"Laa...sorryla..papa memang terlupa..kenapa h/p takder bunyi aa pagi tadi?"
"Yelah...kita nih sapa???"
"Laa..ok..ok..nanti malam papa belanja makan, ibu pilih tempat"
"Belanja makan bila2 pun bole" nada merajuk lagi nih..hehehheh jahat aku nih..
So after pujuk rayu berbagai..aku cadang nak makan ikan bakarla malam tuh..dekat Pelabuhan Kelang....thanks..hubby sbab banjer..*len kali ibu banjer laks :-)*
Aku harap tahun depan kalau panjang umur jgnla dier lupa lagi......sbab bukannya banyak pun tarikh yg dier kena ingat...satu tu ajer..sbab yg lelain tuh aku selalu yang ingatkan dier cam
Tarikh lahir anak2
Tarikh mula2 jumpa
Tarikh nikah
Tarikh lahir dier...
Ibu..

Friday, May 6

Ucapan dan Hadiah Sekals Utk Aku..

Entry nih utk korang *ader ker* bagi ucapan "Selamat Hari Lahir" utk aku..yang dah menjangkau usia 20 tahun campur 10 arini..sapa yang sudi tuh..jgnla tinggal ucapan jer..kasilah hadiah yang spesel sekali.. seperti:-
1) Rantai emas 4 kilo, *sesak2 bleh aku gadai*..gigi emas pun takper..jgn emas palsu udahla.. :-)
2) Duit barang riban2 ker..*itu yg paling minimum tu aku mintak*
3) Kete Beetle warna ijou *setakat gambo ajer tamao aku*
*mata duitan ker mak*
Setakat ni itu ajer yang aku mintak..x banyak skit ajer :-) ...sbab tahun lain InsyaAllah kalau panjang umur murah rezeki, aku mintak mende lain laks.. hikshikshiks...
Signed
Aku yang x meminta-minta
*uwaaaa...kejadian 2 taun lepas mungkin akan berulang....:-( *

Thursday, May 5

Updated Road To Istanbul-Finale

Pagi tadi aku terjaga dah separuh masa dah... erm walaupun PSV menyerang banyak tapi gol minit terakhir dari AC Milan itu menjadi pemusnah... nengok cara pertahanan AC Milan main pagi tadi..alahaila..the very tau...memain..

Akhir keputusan PSV 3 dan AC Milan 1... yang mana sebelum ni AC Milan 2 dan PSV 0.. so mengikut format UEFA.. AC Milan layak ke finale kerana dpt menjaringkan gol di tempat lawan. dan akan bertemu Liverpool nanti di perlawanan akhir..


Yayyyyyyyyyyy jumpa di Istanbul nanti yach...

AC Milan vs Liverpool...


Bat melaporkan..

Wednesday, May 4

Road To Istanbul-Part 2

Selamat Ulang Tahun utk org nih sbab dah tua dah lagi setahun...semoga cepat aku dapat merasa nasi minyak...
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Ockay.. u ols.. mak begitu sexcited nak melihat semi-final ini sbab..hehehhe *statement kak nam* mengenangkan wajah riak Jose kalau dier menang jugak...sorry for the Chelsea fans..
Mak terjaga dlm 6 minit dah bermula pun..nengok2 tv pemain yang mak taste sesangat si Luis Garcia dah menjaringkan gol yeww.. mak ingatkan x gol..rupanya..bola dah masuk jaring...
Lepas tu..Liverpool banyak bertahan ajer... walaupun serangan dari Chelsea bertali arus..
Paperpun tahniah dari mak utk pasukan Liverpool sbab dpt masuk ke Final utk bertemu diantara AC Milan atau PSV mlm nih...
*Lagipun mak ala2 mengantuk u ols mlm tadi, tu yang tadak review like Part 1*
Roger & Out
Bat melaporkan..

Tuesday, May 3

Hidangan ala Fear Factor & Donkey Don

Masa ari Sabtu lepas..masa otw nak balik BS tuh..kitaorg kuar rumah pagi lebih kurang 7.59am camtuh..sbab nak bersarapan kat Rawang kan..selalunya kitaorng jarangla makan heavy2 cuma roti bakar + telor setengah masak dan white coffee.. entah camner arituh..lapor ya amatla kan..anak beranak sumer..
Sampai jer kat hentian Rawang tuh..kitaorng pun pegila carik2 gerai yg ada jual nasi lemak..sbab Abg pun dah cakap tadi dier lapor nak makan nasi lemak..so sementara aku cari gerai tuh hubby bawakla anak2 ribena aku cari tempat duduk kan.. kami sampai tuh baru jer dlm 8.20am..aku masuk dari satu gerai ke satu gerai..sumer kebanyakannya dah abis nasi lemak.. yang ada cuma mee goreng or mihun goreng..so aku dlm hati dah cuak dah nih..sbab takkan diorang nih xleh nak pikir kan mestila org ramai sbab cuti 3 ari..so kenalah buat lebih skit utk hari tuh..ermmm sesuatuh betul la..
Last2 aku jumpa gaks satu gerai nih yg jual nasi lemak..tapi biler sampai jer turn aku..Indon tu cakap laks..
"Kak..nasi lemaknya ada..tapi sambel nye udah abis"..
"Lorr..dah tu sambal lain2 u takder ker jual, telur goreng ker.."...
"Telurnya pun udah habis kak"..
Dlm hati aku..kalau dah habis gorengla lagi kan...sabo ajerler, mengenangkan anak2 dan suami nak makan nasi lemak..maka aku pun beli nasi lemak tu ngan ikan keli goreng..sbab sambal dier cuma utk satu pinggan jer instead of 3 pinggan kan..so aku pun bayolah dan terus bwak ker meja..
My hubby pun share2la kan sambal yg ada tuh utk 2 pinggan lagi..dlm masa tu aku ke gerai lain beli 2 biji telur goreng laks.. utk anak2 aku.. masa aku bawak ke meja telur goreng tuh.. aku nengok hubby aku dah makan ikan keli tu separuh dah..so biler aku duduk jer dier kasilah aku separuh lagi kan..so tengah aku syok kunyah2 nasi lemak tuh ngan ikan keli.. aku pun korekla isi dier kan..tetiba ajer terkuar ulat2 yang amatlah besonyer...nak termuntah laks aku rasa time tuh.. nasib baik aku tengok...kalau tidak harusla kan dah termasuk mulut aku nih..
Hubby aku terkejut yang amat..yelah.. dier dah makan separuh ikan tu kan..aku baru jer 2-3 cubit jer..hehehheh*tanak ngaku termakan gaks*..hehhehhe lepas tu..terus dier bawak pinggan tu ke gerai yang jual nasi lemak tuh..Yelah..kalau masuk FF dpt makan & dpt $50 takperlah gaks kan..
Tuan punya gerai tu pun terkejut nengok ikan tu berulat..dier kasilah kitaorng balik duit utk harga makanan tu.. tapi aku & hubby still x puas hati..yelah..ikan bilalah yg diorang jual kan..so both of us cadang nak buat laporan kat Plus..jenuhla carik opis dier kat situ..bayangan pun takder.. so kitaorng pun ingat nak berhenti kat Tapah utk buat aduan.
Sampai jer kat Tapah..hubby aku pegila buat aduan kat situ..dan memandangkan kitaorng ni kelaparankan..sbab dah ilang selera tadi..so Adk pun merengek2 nak beli DD kat situ.. Memula aku masuk jer aku tengok org dok berbaris punyalah panjang..dan kaunter dier bukak 2 ajer..ermmm dlm hati aku..nak beli ke tanak nih..nak beli ke tanak nih..sbab Adk pun buat muka smegol kat aku.. aku pun berbarisla kan..
Tapi..yang sedihnya..diorang nih layan satu customer tu dlm 10 minit huhu..mesra pelanggan betuila...SABO AJERLER... aku ingat kebanyakan org yang beratur tuh sumer panas ati jer.. yelah.. dahla gitu.. nak amik order pun bercelaru, yang cashier ujung kata beratur sana nak amik sw..yang sorang kata pulak beratur dulu bayo baru amik SW..Kak Nam betul kan... mak dahla panas ati tadi..sekarang nih camni la..
Ada satu customer tu sampai tanya mana diorng punya Supervisor..hehhehe..last2 sekali sampai hubby aku dok 2-3 tepon dan dah khatam baca suratkhabar barula aku selesai membeli 2 biji donut dan satu sw tuna dan secawan cool latte..*itupun kena tunggu 15 minit*... nasib baik sw tuna tuh aku baham ngan lazats sekals.. kalau tidak dah lama dah...
Hubby aku kata kita nih kena mandi bunga kot..hehhehhehhe..
So pada korang yang nak singgah ke Rawang tuh..bebaik skit pada gerai nombor 3 tuh...kang termakan ulat cam FF tuh...
 
Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com